Saturday, June 15, 2013

Belajar dari makhluk Allah

We are long life students so please be a part of our community!

Ayat seakan amaran kerana kita sekarang diperlukan seluruh umat Islam di dunia. Pernah juga dulu tertanya-tanya, bagaimana la nak bantu rakyat Palestin? Kita Islam mestilah kena doa tapi cukupkah sekadar itu? Hamba ini masih kerdil lagi hina. Hanya duduk berdoa tanpa usaha juga tidak mendatangkan apa-apa. Teringat pula kisah burung kecil dan Nabi Ibrahim A.S. 

Semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, "Buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu."

Lalu dijawab oleh burung tersebut, "Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak".

See? Efforts more precious than results. Just like our life as students. And because of this story, I've got lessons to change my life and my perspectives towards volunteer term as well.

7th June 2013

Kami juga adalah sebahagian daripada ribuan mahasiswa yang menjayakan program MyGMJ. Alhamdulillah. Allah memilih kami untuk turut membantu mereka yang giat berjuang di jalan Allah. Terima kasih juga kepada para 'ladies' daripada sukarelawan Aqsa Syarif Malaysia yang sudi memberi peluang pada kami dalam perjuangan mereka terhadap penduduk Palestin.

We are Malaysian ROSEs. We give love to Palestinian ROSEs. 
We are from volunteering Rose2Rose team.

Pagi yang sungguh indah. Kami bertiga masih terpinga-pinga di KTM UKM. Tidak tahu tempat dituju. Bas  untuk ke Shah Alam tidak pula kelihatan. Aku menelefon Kak Leena, pengarah program sukarelawan. 

"Dekat je tempat ni, jalan kaki pun boleh..."

Err..agak terkejut. Nak jalan kaki? Kemana? Kami menaiki teksi ke alamat rumah seperti yang diberitahu Kak Leena. Kami sampai terus membantu apa yang perlu. 

Bunga-bunga ini akan dijual pada malam MyGMJ. Dana yang diperolehi terus disalurkan pada Tabung Palestin. Menggunting, mengikat, mencamtum dan pelbagai lagi disiapkan sebelum jam 3 petang. This is my precious time. I have got new friends. One of them is Harizah Kamaruzaman. She's from IIUM. Mahasiswa undang-undang. Senyum manis ketika bekerja bersama kami. Baik tutur kata dalam bicara dan kami makan tengah hari bersama-sama. 

You know what? Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami ketika malam hari di Shah Alam. For the whole night, we just spend our time in front of stage. Enjoyed the performances. There were lots, lots of people there. Everyone are volunteers. A lots of Palestine' flags. A lots of booths. But for a while, my attentions went to two boys. It touched my feelings.

Mereka berdua tiba-tiba duduk di hadapan kami kerana tempat itu masih kosong waktu itu. Hatiku tersentuh dengan hanya melihat mereka. Usaha dan semangat mereka membanggakan kami. Bertuahnya ibu bapa mereka, anak mereka ini berminat untuk hadir di majlis agama. Banyak mafla Palestin dijual di sana tetapi mungkin tidak mampu dibeli oleh kanak-kanak seusia mereka. Hanya lipatan sejadah biasa dipangku pemuda cilik berbaju hijau itu. Kami hanya melihat gelagat mereka. Adik, you'e such a good boy.

Asyik mereka melihat persembahan. Tiba-tiba datang seorang sukarelawan wanita menuju ke arah kami bersama tabung Palestin. Adik ini (both of them) terus menyeluk poket dan mengeluarkan wang mereka sekadar termampu. Bersungguh-sungguh mereka memasukkan ke dalam tabung tersebut. Duit itu dilipat supaya orang sekeliling tidak mengagak jumlah yang diberikan mereka. Subhanallah. Adik, both of you are good boys.

This is lesson for us especially for adults and teenagers.

No comments :

Post a Comment

Write Your Thoughts