Wednesday, May 15, 2013

Kemana tumpahnya kuah.....

Ummi memenuhkan pinggan dengan sayuran dan ulaman yang telah dicelur lima minit lepas. Aku hanya melihat dengan muka malas. Sebenarnya, kalau aku ada di tempat lain selain dapur masa ummi tengah masak, my abah will gives to me  his free of charge lecture’ssss’.

“Anak dara...bla...kahwin nanti...bla...” (ayat lecture di rumahku yang agak klise)

SEBELUM 2013 : JADI CIKGU LA KAK!

Kelas habis seperti biasa tapi tidak selalu tepat pada waktunya. Persiapan untuk menghadapi peperiksaan akhir matrikulasi tinggal dua bulan lagi. Cikgu kata, mulai sekarang kami kena fikir tentang masa depan. Nak masuk universiti mana? Nak ambil kursus apa? Nak kerja apa? Semakin aku fikirkan semakin serabut dan kusut. Untuk menenangkan hati, apa kata kita nikmati cheesy wedges KM Kulim dulu. Yeay!!!

Latihan Matematik telah kusiapkan. Tunggu masa untuk tidur. Sebelum tidur, aku menelefon ummi. Cuma ingin bertanya khabar keluarga dan jiran tetangga.

“Kalau boleh, ummi nak kakla jadi cikgu ke, pensyarah ke.” Telefon itu dipassingkan kepada abah.

“Jadi cikgu la, macam abah dan ummi ni.”

Setiap kali menelefon mereka, pasti mengenai ‘cikgu atau pensyarah’.
Ketika ingin membuat pilihan kursus, abah sibuk berkempen padaku. It sounds like PRU right? Tapi situasi sebenar adalah lebih teruk dari itu. Abah sanggup belikan nombor pin untuk aku daftar IPG. He kept calling me to make sure that he’s daughter always updated with IPG’s news.

“Isi online..bla...pengesahan..bla..tarikh tutup...”

Semua yang telah diarahkan oleh abah telahku langsaikan. Lama menanti keputusan. Setelah keputusan telah diumumkan, namaku tidak tersenarai. Abah masih tidak yakin. Abah cuba cek sendiri melalui mesej. Ternyata keputusannya masih sama.

Dukacita dimaklumkan,
pemilik nombor kad pengenalan di atas tidak tersenarai dalam calon yang berjaya.

Abah masih tidak berputus asa. Masa untuk mengisi kursus di UPU online, abah masih mencadangkan aku untuk mengambil bidang perguruan dan pendidikan. Ya, aku memilihnya dan aku dapat menduduki ujian MedSI yang diadakan selepas pengajian di matrikulasi. Abah dan ummi sangat excited but the obvious one is my abah. Abah membelikan aku buku panduan menjawab soalan MedSI. Abah memastikan sebelum ke dewan ujian, aku telah habis membacanya.

Hari untuk menduduki ujian, abah bangun lebih awal dariku. Dia sanggup menghantarku dan ummi menunggu di sana. Selesai ujian, abah belanja kami sekeluarga makan ikan bakar. Hadiah untuk aku katanya. Padahal keputusan untuk aku melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan belum diputuskan.

Beberapa bulan kemudian, keputusan UPU tidak seperti yang diimpikan abah dan ummi. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Now, I am professional computer expert to be.

TAHUN : 2013

Ummi memandang diriku yang bosan dan kemalasan.

“Meh isi gulai dalam mangkuk.”

Aku berjalan dengan begitu malas sekali dan mencapai mangkuk di rak pinggan. Mungkin aku leka dicampur dengan melayan perasaan malas, kuah yang sedang dituangkan ke dalam mangkuk itu tumpah sedikit ke lantai. Kebetulan abah masuk ke dapur ketika itu.

Kemana tumpahnya kuah, kalau bukan aku yang kena marah!!! :(

No comments :

Post a Comment

Write Your Thoughts