Saturday, April 27, 2013

Kasihan to Kesiaannn

Masa cuti hujung minggu dihabiskan dengan tidur. Lepas saja solat subuh, terus baring. Ini sememangnya bukan sunnah Rasulullah S.A.W. Baginda bersabda :

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit  (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Dah la tergolong dalam golongan yang lalai, rezeki banyak pulak tu yang terlepas. Astaghfirullah! Ampunilah dosaku Ya Allah. Ternyata, sesungguhnya hambuMu ini seorang yang lalai. Lena pagi itu terhenti hingga jam 8.00 pagi sahaja. Semua tong sampah telah dikosongkan dan bilik air telah dibersihkan. Mak cik cleaner yang cuci.

Kasihan Mak Cik Cleaner

Hari kuliah bermula lagi! Sekitar jam 7.30 pagi dah kena ada dekat bus stop. Semua yang menggunakan tandas seawal jam 6.00 pagi belajar dari fakulti yang sama. Hari ini kami ada kuiz!!!

Kekalutan kami di bilik air pagi itu membuatkan seorang wanita sebaya nenek tersenyum lebar. Dia pegang sabun dan berus tandas. Tercegat dia di hadapan pintu sehingga bilik air itu benar-benar kosong tanpa manusia. Dia bersihkan tandas sehingga jam 7.00 pagi. Kerjanya bukan sekadar itu. Tong sampah hitam yang tunggang terbalik tu pun dia yang uruskan. Sampah sarap bertaburan di dalam blok angkara monyet tetap juga dia bersihkan.

Terharu. Sayu. Bayangkan jika ibu atau nenekmu memakai baju lusuh dan melakukan kerja itu di awal pagi sedangkan orang lain sibuk melayan mimpi pagi. Kasihan! Siapa yang sanggup melihatnya? Kami berjalan 
dihadapannya. Dia angkat kepala dan terus senyum. Seiras wajah nenek-nenek kampung dalam televisyen.

Rezeki Pagi

Hari yang hampir sama jalan cerita mengenai mak cik tersebut berlaku selama sebulan kami di universiti. Aku tidak habis-habis lagi dengan perasaan kasihan. Sehingga pada suatu hari, aku pulang dari kelas seawal jam 12.00 tengah hari. Belum lagi kaki melangkah masuk blok, tiba-tiba lalu wanita ala Datin Wannabe. Dia memegang sekeping Galaxy Tab. Langkahnya menuju keluar dari blok.

Wow!!! Mak Cik Cleaner seyh...

Itulah yang dipanggil rezeki pagi. Aku generasi Y pun pakai telefon NOKIA je kot..!!! *kesiaaannnn..

2 comments :

  1. wow,gempak mak cik cleaner zmn skarang! :)

    ReplyDelete
  2. Tu dia ... changgih makcik tu , mungkin dia buat on line business kot?

    ReplyDelete

Write Your Thoughts