Friday, March 22, 2013

Already published?

Ditulis pada 22/03/2013. Jam 12.20 pagi. Terlebih 20 minit dari hari Kamal dapat keputusan SPM.
Dan  aku sudah di universiti!

SPM 2010
Inbox message telefon Nokia 3310 umi penuh. Semua nombor V5. Ucapan selamat berjaya, semoga berjaya, good luck my dear berlaku pada malam sebelum ambil result. Masa tu Facebook belum digunakan secara meluas. Malam itu, tidur macam tak tidur. Lampu bilik dah tutup tapi tak tutup mata. Baca doa tidur tapi rasa macam baca doa makan. Cerah lagi mata ni. Mata asyik berkelip sampai jam 4 pagi.

Bangun pagi, solat subuh, kunci pintu rumah dan sambung tidur balik. Kaki jejak sekolah pukul 10 pagi kalau tak silap. Muka punyalah tebal, ikut kawan-kawan top scorer sekolah jumpa cikgu, ustaz, ustazah, teacher dan sir. Takut sangat nak ambil result sampai senyum saja lebih. Salam, senyum dan beralih kepada tangan yang lain. Pusing satu bilik guru!

Dapat result dan terus balik. Sebelum balik, asyik jumpa kawan tanya result bukan nak tanya khabar.  Kita tanya orang, orang jawab :

“Alhamdulillah, semua rezeki dari Allah. Semoga jumpa lagi nanti. Jangan lupa isi UPU!

Orang tu jawab tapi tak tanya balik pun. Balik rumah dengan muka gelabah.

Sambil fikir, ‘Rupanya, dah ramai orang tahu result aku ni!’


3 comments :

Write Your Thoughts