Monday, April 1, 2013

Bangun!

TAHUN 2008

Usai tulis laporan makmal Sains, kami keluar ke kantin. Makan nasi lauk ayam masak merah. Air oren straw merah. Duduk atas kerusi merah. Meriah!

20 minit di kantin. Makan dan sebagainya. Masuk kelas tanpa loceng. Ini bukan sekolah rendah sebab kami dah umur 15 tahun. Perut kenyang, jiwa melayang. Akibat bila tak ikut sunnah Rasulullah S.A.W.. Padahal  dalam buku Pendidikan Islam ada je tulis  ‘Berhenti sebelum kenyang’.

Timbunan tiga buah buku teks dah jadi bantal. Bukan nak tidur, cuma isi masa terluang. Lambat betul Widad nak datang kelas. Dia masih di bengkel Kemahiran Hidup. Budak Perancis dan Jepun dah keluar. Tinggal  kami dalam kelas. Ada yang sedang kemas buku, kemas meja dan tidur. Tengah ketip kuku pun ada dan tiba-tiba ada orang ketuk pintu kelas.

“3 Maryam, ustaz dah tunggu kat atas!”. Bukan Widad tapi Syu. Dia dari bilik guru.

Kami siap ke kelas. Ada seorang lagi tengah tidur tapi kami tak perasan langsung. Yunie! Dia terlepas lagi Kelas Bahasa Arab hari ini.

Kami lewat masuk. Kelas lain semua dah sampai. Ustaz Mokhtar nampak gembira. Hari ini beliau banyak pesan pasal kerjaya masa depan sebab baru balik daripada hantar anaknya sambung belajar.

“Kalau boleh ustaz nak anak dan anak murid ustaz jadi cikgu. Senang. Kerja cikgu ni baguih. Kerja bagi ilmu kat orang ni dapat pahala.” Loghat Kedah tetap tak hilang walaupun beliau kahwin dengan orang Kelantan dan dah menetap di Kelantan lebih 10 tahun. Mana nak cari?

Kedah pure mai!

Ada baki masa 30 minit lagi untuk Kelas Bahasa Arab tamat. Tak tahulah kenapa mata rasa berat je. Penat  pun ada. Dingin mengusik. Angin dari tingkap dah mengulik. Rasa macam suasana tenang je dalam bilik Bahasa Arab tu. Adakah sebab terlalu kerap sangat tengok jam? No wonder la.

“Anak Ustaz Mat tu dah tidoq dah!”

Mata tiba-tiba terbuka luas. Lima minit sebelum tadi, ustaz duduk atas kerusi tapi sekarang tiba-tiba dah berdiri dekat whiteboard. Semua yang duduk barisan  depan pandang. Mereka gelakkan saya!
Malunya saya!  Maaf ustaz.  Saya tak tidur, tersengguk je. *sengih malu.


TAHUN 2013

Ustaz, terima kasih kejutkan saya hari itu. Alhamdulillah, sekarang saya sudah di universiti bersama dengan ilmu dan doa yang ustaz curahkan. Saya doakan ustaz sentiasa sihat dan kehidupan ustaz sentiasa diberkati Allah. Ustaz, halalkanlah segala ilmu yang telah ustaz berikan pada saya. Doakan kejayaan saya dan V5 ya ustaz.

Ikhlas dari saya, anak Ustaz Mat.

No comments :

Post a Comment

Write Your Thoughts