Saturday, April 20, 2013

Pemain Hoki Gred A

Belajar sehingga terasa otak lebih besar daripada badan. Tidur dan makan kurang dari normalnya. Bilik guru dijengah saban hari sehingga setiap pintu semakin hari semakin kuat mengeluarkan bunyi kuak. Waktu itu, kami berbaki 30 hari lagi untuk peperiksaan percubaan PMR. Homework dan past year exercises menembak kami bertubi-tubi sampai kami hampir hilang nafas.

Kami tahu tangki Oxygen ada banyak dalam makmal Sains tapi kami tetap lewat untuk ke sana. Maafkan kami Cikgu Mazni.

TAHUN 2008
Kelas P&P habis lewat. Sepatutnya pukul 14:00 dah bersiap sedia untuk kelas tambahan petang. Kaki kami masih tak jejak bangunan akademik. Nasi ayam untuk lunch melekakan kami. Ayam! Kegemaran setiap pelajar sekolah asrama dan menjadikan kami alergik kepada daging dan ikan kecuali seafood selama lima tahun di sini. Pergh!

Kami berlari ke kelas tanpa hiraukan sistem penghadaman. Ini termasuk juga sistem pernafasan. Termengah-mengah di pintu gerbang pengawas bertugas. Macam biasala kalau sudah lewat. “Saya tidak akan lewat lagi.” Kehabisan kertas kajang menulis ratusan ayat ini. Lewat lima belas minit. Cikgu check buku latihan sains dan kami baru sedar yang buku latihan sains itu belum lengkap lagi. Lupa! Cikgu memang betul-betul kecewa dengan kami.

“Kamu tak siapkan kerja, datang lewat kelas, kamu tanggunglah akibatnya.” Semua terkejut kecuali Ruhi. Dia di padang hoki kebangsaan. Campur hari ni, dah tiga bulan dia tak masuk kelas. Sejak dari kelas tu, Cikgu dah tak nak mengajar kami tapi kami pujuk. Dua minggu sebelum peperiksaan baru hati cikgu sejuk. Soalan spot juga diberi tanpa kehadiran Ruhi.

Akibatnya?

Keputusan peperiksaan percubaan PMR 2008.

Dalam kelas kami, hanya Ruhi yang dapat A Sains! 

TAHUN BERIKUTNYA DAN KINI

Itu kuasa doa seorang guru.

Setiap patah katamu penuh hikmah yang tidak pernahkan sempat untuk kita jengah. Mulia martabatmu tidak dijulang manusia tetapi dikecapi oleh segenap insan yang bernyawa. Hatimu akan kujaga kerana itu sumber ilmu yang ditadah oleh semua. Kukutip nasihat buat jiwa kerana itu yang akan membimbingku di akhirat juga dunia. Redha darimu seringku damba agar jalanku ini aman dan sejahtera.

Dedikasi kemaafan dariku, pelajar 3 Maryam 2008.

No comments :

Post a Comment

Write Your Thoughts