Ramadan 1431
Puasa hari pertama tahun ini
bersama dengan rakan seasrama. Lagipun kami sudah berada di tingkatan terakhir
sekolah menengah. Keadaan yang amat sesuai untuk bersama rakan-rakan walaupun
terpaksa. Lebih kurang dua minggu yang lalu, aku tiada masa untuk menelefon
ummi dan abah. Maknanya, sudah dua minggu tidak mendengar khabar berita dari
mereka. Selepas solat terawih, aku terus ke pondok telefon (tiada ‘telefon
tangan’ yang halal untuk dibawa ketika di asrama).
Hampir sebulan abah tidak ke
sekolah untuk mengajar. Abah sakit!
Masa ummi beritahu abah sakit,
rasa macam jantungku beralih tempat dari dada ke kaki. (tudiaa, hiperbola nak
mampoih ayat hang) dan hakikat sebenarnya lebih daripada itu. (siapa tak sayang
abah oiii!)
Minggu kedua Ramadan, kami
dibenarkan untuk pulang berbuka puasa bersama keluarga. Aku pulang dengan penuh
keresahan. Perbuatanku penuh kegelisahan. Fikiranku penuh dengan kecelaruan.
Abah terlantar di ruang tamu. Alhamdulillah, mulut abah masih petah. Cuma,
pergerakan kaki abah terbatas untuk berjalan kemana-mana. Mana tidaknya, abah
diserang penyakit gout rupanya.
Doktor kata : “Say NO to seafood.”
Ramadan 1432
Setelah setahun menahan diri
daripada memakan sebarang makanan yang berasal dari laut dan kepulauan,
kesihatan abah semakin baik. Bukan itu sahaja usaha abah. Pemulihan sepanjang
tahun itu telah membuatkan kami sekeluarga terdedah dengan kaedah bekam
mengikut cara Islam sepenuhnya. Pemakanan sunnah juga turut diamalkan. Almari
makanan yang dahulunya berisi mi segera kini telah dipenuhkan dengan madu lebah(pure dari sarang), buah tin, tamar dan
air zam zam.
Buat pertama kalinya pada Ramadan
kali ini, abah ke pasar seorang diri membeli makanan laut dan ulam-ulaman. Kaki
abah sudah sihat sepenuhnya. Hari ini giliran abah untuk menjadi imam solat
terawih setelah dikecualikan pada Ramadan yang lepas. Sebelum keluar rumah,
abah sempat berpesan pada ummi.
Abah : “Lepas terawih malam ni,
abah nak makan kerang cicah ‘collek’. Setahun tunggu nak makan kerang.”
Selesai solat terawih, kami
sekeluarga pulang tanpa abah. Sudah pukul 11 malam tapi abah masih di masjid.
Mungkin bertemu dengan sahabat lamanya di sana. Adik-adikku sibuk di dapur.
“Moreh.”, kata mereka, walaupun sudah 45 minit di dapur (bukan moreh dah ni,
buka puasa kali kedua ni).
Aku berada di hadapan televisyen.
Ummi menyeterika baju di bilik. Abah pulang tanpa kami sedari. Abah terus
menuju ke dapur. Adik-adikku baru sahaja selesai dengan moreh mereka. Abah
menjenguk ke dalam periuk. Periuk
kosong!
Alahai adik-adiku sayang, apesal
la di’moreh’kan sekali kerang rebus yang abah punya tu??!
Sudah tiga hari abah mendiamkan
diri. Tidak bercakap langsung dengan kami. Hanya duduk makan berbuka puasa dan
terus ke masjid hingga dinihari. Segala pertanyaan kami tidak diendahkan.
Bergurau jauh sekali. Hari keempat, ummi ke pasar membeli kerang. Kerang rebus dan
‘collek’ dihidangkan ketika berbuka. Abah nampak begitu berselera daripada
biasa. Seperiuk kerang dihabiskan oleh abah. Adik-adikku hanya melihat(sambil
telan ayaq liuq) tanpa meminta seperti biasa. Takut dimarahi ummi. Kata ummi,
jangan minta kalau abah tak beri tawaran untuk makan kerang itu.
Pinggan nasi abah kosong tetapi
penuh dengan ceng’kerang’ yang membukit. Abah menjilat jarinya.
Tiba-tiba abah bersuara, “Alhamdulillah,
sedapnya kerang ni...”
Adik-adikku terus memandang abah
dengan mata berkaca menahan selera mereka. Abah juga membalas pandangan mereka
dengan penuh kehairanan.
Abah : “Kenapa pandang macam tu?
Kalau nak bagitahu la, semua senyap je. Ingatkan tak nak tadi, tu yang abah
habiskan.”
Erk.... It’s OK for this time.
Janji abah dah bercakap dengan
kami sekarang. :D
hehehe, best la kisah kamu ni, ehhe
ReplyDelete