Belajar sehingga terasa otak lebih besar daripada badan.
Tidur dan makan kurang dari normalnya. Bilik guru dijengah saban hari sehingga
setiap pintu semakin hari semakin kuat mengeluarkan bunyi kuak. Waktu itu, kami
berbaki 30 hari lagi untuk peperiksaan percubaan PMR. Homework dan past year
exercises menembak kami bertubi-tubi sampai kami hampir hilang nafas.
Kami tahu tangki Oxygen
ada banyak dalam makmal Sains tapi kami tetap lewat untuk ke sana. Maafkan kami
Cikgu Mazni.
TAHUN 2008
Kelas P&P habis lewat. Sepatutnya pukul 14:00 dah
bersiap sedia untuk kelas tambahan petang. Kaki kami masih tak jejak bangunan
akademik. Nasi ayam untuk lunch melekakan kami. Ayam! Kegemaran setiap pelajar
sekolah asrama dan menjadikan kami alergik kepada daging dan ikan kecuali seafood selama lima tahun di sini.
Pergh!
Kami berlari ke kelas tanpa hiraukan sistem penghadaman. Ini
termasuk juga sistem pernafasan. Termengah-mengah di pintu gerbang pengawas
bertugas. Macam biasala kalau sudah lewat. “Saya tidak akan lewat lagi.”
Kehabisan kertas kajang menulis ratusan ayat ini. Lewat lima belas
minit. Cikgu check buku latihan sains
dan kami baru sedar yang buku latihan sains itu belum lengkap lagi. Lupa! Cikgu
memang betul-betul kecewa dengan kami.
“Kamu tak siapkan kerja, datang lewat kelas, kamu
tanggunglah akibatnya.” Semua terkejut kecuali Ruhi. Dia di padang hoki
kebangsaan. Campur hari ni, dah tiga bulan dia tak masuk kelas. Sejak dari
kelas tu, Cikgu dah tak nak mengajar kami tapi kami pujuk. Dua minggu sebelum
peperiksaan baru hati cikgu sejuk. Soalan spot juga diberi tanpa kehadiran
Ruhi.
Akibatnya?
Keputusan peperiksaan percubaan PMR 2008.
Dalam kelas kami, hanya Ruhi yang dapat A Sains!
TAHUN BERIKUTNYA
DAN KINI
Itu kuasa doa seorang guru.
Setiap patah katamu penuh hikmah yang tidak pernahkan sempat
untuk kita jengah. Mulia martabatmu tidak dijulang manusia tetapi dikecapi oleh
segenap insan yang bernyawa. Hatimu akan kujaga kerana itu sumber ilmu yang
ditadah oleh semua. Kukutip nasihat buat jiwa kerana itu yang akan membimbingku
di akhirat juga dunia. Redha darimu seringku damba agar jalanku ini aman dan
sejahtera.
Dedikasi kemaafan dariku, pelajar 3 Maryam 2008.
No comments :
Post a Comment
Write Your Thoughts