Ditulis pada 22/03/2013. Jam 12.20 pagi. Terlebih 20 minit
dari hari Kamal dapat keputusan SPM.
Dan aku sudah di
universiti!
SPM 2010
Inbox message
telefon Nokia 3310 umi penuh. Semua nombor
V5. Ucapan selamat berjaya, semoga berjaya, good
luck my dear berlaku pada malam sebelum ambil result. Masa tu Facebook belum digunakan secara meluas. Malam itu, tidur macam tak tidur. Lampu bilik dah tutup tapi tak tutup
mata. Baca doa tidur tapi rasa macam baca doa makan. Cerah lagi mata ni. Mata
asyik berkelip sampai jam 4 pagi.
Bangun pagi, solat subuh, kunci pintu rumah dan sambung
tidur balik. Kaki jejak sekolah pukul 10 pagi kalau tak silap. Muka punyalah
tebal, ikut kawan-kawan top scorer
sekolah jumpa cikgu, ustaz, ustazah, teacher
dan sir. Takut sangat nak ambil result sampai senyum saja lebih. Salam,
senyum dan beralih kepada tangan yang lain. Pusing satu bilik guru!
Dapat result dan terus balik. Sebelum balik, asyik jumpa
kawan tanya result bukan nak tanya
khabar. Kita tanya orang, orang jawab :
“Alhamdulillah, semua rezeki dari Allah. Semoga jumpa lagi
nanti. Jangan lupa isi UPU!”
Orang tu jawab tapi tak tanya balik pun. Balik rumah dengan
muka gelabah.
Sambil fikir, ‘Rupanya, dah ramai orang tahu result aku ni!’
i comment..hehe
ReplyDeletebut still i don't know your result yet. how come..? hahaha - Elly
ReplyDeletehaha..tp dah publish kott..haha
Delete